My TTC Journey: Langkah Pertama
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Assalamualaikum
Pasang niat kuat, berusaha keras dan berdoa khusyuk, lambat laun apa yang kalian perjuangkan akan berhasil.-Ahmad Fuadi-
LANGKAH PERTAMA
- Beritahu suami
Pertama sekali semestinya saya kongsi hasrat nak ber-TTC dengan suami. Bincang dengan suami, apa itu TTC. Macam mana nak buat dan apa peranan suami dalam ber-TTC. Bagi saya memang penting dan perlu untuk berbincang secara terbuka dengan suami, supaya suami faham dan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses TTC. Bila suami setuju, isteri mestilah happy dan In sha Allah semuanya akan dipermudahkan. Happy wife happy life, isn't? 😆 Saya percaya, suami isteri memang perlu saling melengkapi, disaat susah senang mahupun sewaktu down. Terutamanya sewaktu TTC, sokongan yang padu dari segi emosi memang amat diperlukan. YA, ingin saya tekankan, ia nya bukan mudah, but ingat KUN FAYA KUN.
- Extra 'Homework'
Apa yang saya maksudkan dengan extra homework ialah; kalau dulu scrolling Facebook, Instagram dan Google bila perlu, just for fun atau untuk sekadar nak tahu perkembangan semasa saja. Tapi selepas niat nak TTC, memang kena rajin membaca. Contohnya perbanyakkan membaca artikel.
Tapi saya ni kekadang ada musim malas jugak. Jadi saya lebih suka tengok video kat Youtube dan memang banyak video pengalaman pasangan-pasangan yang sudah berjaya TTC. Pasangan kat Malaysia dan luar negara. Memang seronok sangat tengok!
Ada satu masa tu, saya rasa nak muntah. Bukan muntah sebab hamil ke apa, tapi sebab tengok benda yang sama, duk menghadap benda tu saja. Oh! Tolong ya, jangan over pulak macam saya. Take it slowly my dear! Satu per satu, bak kata pepatah, takkan lari gunung dikejar. Tapi yelah, saya nak cepat, tak penyabar orangnya. Tapi lepas kejadian nak termuntah, mata pun naik juling tu. Saya insaf 😔 Okay seterusnya?
- Apa yang perlu disediakan?
1. Buku Nota
2. Ovulation (LH) Test Strip
3. Urine Pregnancy Test Strip (UPT)
Okay, saya akan share lebih jelas lagi tentang tiga benda yang perlu disediakan kat atas di entry yang seterusnya. Sebab, nak explain satu-satu kat sini panjang pulak celoteh saya. Naik juling pulak mata readers saya ni 😅
Semoga urusan TTC Ms Butterfly dan suami dipermudahkan dan semoga mereka dikurniakan rezeki zuriat yang soleh dan solehah. Aamiin. In sha Allah.
Lots of love,
Ms Butterfly
#Entry seterusnya saya akan berkongsi mengenai My TTC Journey: APA YANG PERLU DISEDIAKAN?
aamiin smoga dipermudahkan May Allah bless
ReplyDeleteAamiin.. Thank you so much :)
DeleteSemoga dipermudahkan! saya masih terrtanyaa TTC ni proses macam mana
ReplyDelete