My TTC Journey: Turning Point




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
Assalamualaikum

Any moment could be the turning point in your life. Even the one passing now if you believe so. 

TIED KNOT

Saya mendirikan rumah tangga pada penghujung Ogos 2019 after having known each other sejak tahun 2009. Sempat terputus hubungan sekitar tahun 2016 dan bertemu semula pada tahun 2018 dan akhirnya kami memutuskan untuk berkahwin. Who knows kan? Perancangan Allah itu sangat indah dan unexpected.  Majlis pernikahan berlangsung di rumah saya dan majlis resepsi dibuat dikedua belah pihak pada hari yang berlainan. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Selepas selesai, kami sempat pergi ke satu tempat untuk menghabiskan masa berdua untuk beberapa hari dan kemudiannya masing-masing balik ke lubuk rezeki, dan bermulalah perjalanan hidup kami sebagai Pasangan Jarak Jauh (PJJ). 


PASANGAN JARAK JAUH (PJJ)

Saya tinggal bersama keluarga saya, begitu juga suami saya, bersama keluarga mentua saya. Kami masing-masing bekerja. Saya 5 hari seminggu manakala suami 6 hari seminggu. Pada mulanya, sebelum berkahwin pun memang kami PJJ. We never had issues like nak date ke, nak lunch/dinner together etc. Jadi, kami assumed, we are gonna be okay. Sedangkan ada beberapa orang kawan kata, "kalau dah kawen, lain, tak sama dengan zaman bercinta, boleh lah PJJ".  Tapi, saya tetap dengan pendirian, In sha Allah okay. Alhamdulillah, kami okay. Salah satu faktor yang menyebabkan kami okay ialah Family. Kami masing-masing masih tinggal bersama keluarga, so we're not alone at home. Jadi, serba sedikit mengurangkan perasaan sedih, terkenang-kenangkan suami/isteri yang jauh. Alhamdulillah for that. 


FASA BULAN MADU (HONEYMOON)

PJJ sangat mengajar kami untuk lebih menghargai masa dan sentiasa alert dengan cuti. Sebab waktu cuti, itulah masanya untuk kami menghabiskan masa bersama. Berjalan, bersiar-siar, bercerita or strolling at night. We enjoyed the time together and were not trying to conceive yet. Saya masa tu pun memang tak fokus dengan TTC. Tak fokus dengan cycle, ovulation etc. Walaupun pernah terbaca dan tengok kat youtube tentang TTC, waktu tu belum kahwin tapi tak pernah nak betul-betul memahami dan mendalami apa benda TTC ni. 


TURNING POINT

Sampailah satu hari, saya terbaca satu artikel ni, tak ingat dah tajuk website. Dalam artikel tu kata, kalau dah masuk 6 bulan perkahwinan dan belum ada zuriat, boleh cuba TTC. Tangan terus capai handphone dan tengok app Date Count Up, sedar tak sedar dah 6 bulan perkahwinan kami. Mau tak terbeliak mata masa tu. Terkejut pun ada. Cepat sangat masa berlalu, rasa macam baru semalam jadi raja sehari. So, that's the turning point, cun bulan January 2020 bermulalah My TTC Journey yang kadang gembira, sedih, lucu pun ada juga. Tak sabar rasanya nak kongsikan dengan readers blog saya ni.  


Semoga urusan TTC Ms Butterfly dan suami dipermudahkan dan semoga mereka dikurniakan rezeki zuriat yang soleh dan solehah. Aamiin. In sha Allah.



animated-butterfly-image-0208 
Lots of love,
Ms Butterfly
  
                 #Entry seterusnya saya akan berkongsi mengenai My TTC Journey: Langkah Pertama








Comments

  1. A new thing for me today , Nadia belajar perkataan TTC. Tak sabar nak tahu next post!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Nadia! Sebab sudi singgah blog saya :) Soon, wait for the next post! Hehe

      Delete
  2. Aaminn...perancangan Allah adalah yang terbaik. Stay positif.

    ReplyDelete
  3. smoga dipermudahkan..insyaAllah soon..good luck!

    ReplyDelete

Post a Comment